Archive for September 2007

tazkirah RAMADAN

59UTCp30UTC09bUTCThu, 06 Sep 2007 12:15:59 +0000 6, 2007

allah.jpgAmalan puasa dan manusia sejagat

Firman Allah “Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan bagi orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)” (2:183).
Manusia sejak dari zaman dahulu kala lagi telah mengenali amalan puasa. Mereka berpuasa bukan sahaja didorong oleh agama tetapi juga kerana beberapa tujuan tertentu.
Orang Greek dikatakan mengetahui mengenai puasa daripada orang Mesir purba. Mereka berpuasa sejurus sebelum mereka pergi berperang. Orang Rome yang mengikuti jejak langkah orang Greek juga berpuasa, terutamanya apabila diserang oleh musuh, untuk memperoleh kemenangan. Mereka percaya amalan puasa menguatkan mereka dan mengajar mereka kesabaran dan ketahanan, iaitu dua nilai yang diperlukan untuk kejayaan dalam perjuangan melawan nafsu batin mahupun musuh yang lahir.
Amalan puasa bagi mereka yang menempuh masa dugaan dan kesengsaraan juga dilakukan oleh orang Cina purba, sementara amalan itu, dalam kebanyakan agama yang terawal, hanya bertujuan supaya tuhan-tuhan berbudi baik atau untuk menambahkan bekalan makanan mereka.
Lain pula dengan kepercayaan Hellensitik purba. Tuhan-tuhan mereka dipercayai menyampaikan wahyu dalam mimpi dan visi hanya selepas berpuasa dengan penuh ikhlas.
Seperti itulah orang dayak di Amerika Utara yang mengamalkan puasa sebelum atau sedang dalam ikhtiar mendapatkan visi. Golongan syaman (orang alim yang dikatakan mempunyai kuasa untuk menyembuhkan penyakit dan berhubung secara psikik), di kalangan orang Evenk atau dulu dipanggil Tungus dari Siberia, lazimnya menerima visi yang awal bukan dengan sesuatu ikhtiar tetapi setelah jatuh sakit yang tidak dapat diterangkan; namun, selepas visi awal itu mereka berpuasa dan melatih diri untuk melihat visi yang selanjutnya dan untuk mengawal roh.
Puasa juga dilakukan kerana sesuatu sambutan yang dianggap suci. Golongan paderi di kalangan kaum dayak Pueblo di barat-daya Amerika berpuasa semasa mereka menyendiri sebelum upacara utama yang berkaitan dengan pertukaran musim.
Di negeri Cina, mereka lazimnya berpuasa pada suatu jangka masa yang ditentukan sebelum melakukan sesuatu pengorbanan pada malam solstis musim sejuk iaitu ketika kuasa Yang (kuasa positif) dipercayai memulakan kitaran barunya. Amalan in telah diberhentikan pada tahun 1949.
Puasa dalam sesetengah agama dilakukan semasa berkabung setelah berlaku kematian ahli keluarga umpamanya. Dalam yang lain, manusia percaya puasa dapat menghilangkan perasaan kebendaan dalam jiwa mereka serta melahirkan keadaan rohaniah yang tenang dan gembira.

(more…)

SeLAmat DaTANG kE DUnIA BLogS

21UTCp30UTC09bUTCThu, 06 Sep 2007 12:12:21 +0000 6, 2007

tn_test3.jpgalo semuaalo semuaalo semuaanakandaku dilahirkan pada 12 mei 2007. selamat datang sayang

Asalamualaikum sahabat

49UTCp30UTC09bUTCThu, 06 Sep 2007 12:06:49 +0000 6, 2007