kata kata hikmah

Posted 49UTCp30UTC04bUTCMon, 13 Apr 2009 06:38:49 +0000 6, 2007 by manjava
Categories: tok aji

1) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat.

2) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

3) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka belum bererti ia melihat.

4) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.

5) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

6) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.

7) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua
akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

8) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

9) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi .

10) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang
setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong
impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Read the rest of this post »

lawak sengal hehehe……. (utk hiburan semata-mata)

Posted 35UTCp30UTC04bUTCMon, 13 Apr 2009 05:09:35 +0000 6, 2007 by manjava
Categories: admin

Hukuman Mati

Seorang warden penjara mencuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti..
”Jangan takut..daya voltagenya sangat tinggi, lagi pun ia terjadi dalam waktu yang singkat sekali”

Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya…. dan perpanjangan..

“Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat yaaa.” katanya

Tak lama kemudian Warden tersebut kembali, dengan selamba ia berkata ..

“Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masaalah teknikal saja.., tadi itu rupanya elektrik terputus, maka digunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa

Lawak pagi

1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik….

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang….cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis ‘TARIK’

8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?
Answer: Pembohong…

9) Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati’?
Answer: Usus

10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut
Read the rest of this post »

klip video ceramah

Posted 45UTCp31UTC03bUTCWed, 04 Mar 2009 04:01:45 +0000 6, 2007 by manjava
Categories: tok aji

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Posted 15UTCp31UTC03bUTCWed, 04 Mar 2009 03:19:15 +0000 6, 2007 by manjava
Categories: tok aji

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriah yang di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
Read the rest of this post »

SELAWAT NABI SAW

Posted 38UTCp31UTC03bUTCWed, 04 Mar 2009 00:40:38 +0000 6, 2007 by manjava
Categories: tok aji

maulidur rasul – nabi junjungan nabi muhammad SAW

Posted 26UTCp31UTC03bUTCWed, 04 Mar 2009 00:31:26 +0000 6, 2007 by manjava
Categories: tok aji

PENGERTIAN

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Read the rest of this post »

PUTERA BABAH..

Posted 00UTCp30UTC11bUTCTue, 25 Nov 2008 16:07:00 +0000 6, 2007 by manjava
Categories: admin

Alhamdulillah Syukur kepada allah atas limpah rahmatnya, isteri ku selamat melahirkan seorang putera tanggal 21hb nov 2008 jam 7.15 pagi. Moga isteriku serta putera yang lahir ini sentiasa sihat dan di lindungi allah selalu. Terima Kasih TUHAN atas pemberian mu. akan ku cuba didik dan asuh sebaik mungkin supaya anak ini menjadi orang yang berguna di masa akan datang, yang penting adalah ketakwaan serta keimanan yang kukuh terhadapmu Ya ALLAH..

Kini kami sekeluarga mempunyai 2 orang penyeri yang comel dalam keluarga ini..
Selamat datang MUHAMMAD HAIQAL DANISH…
kak Long( NUR AISYA DANIA ) dah ada kawan sekarang ….
Untuk isteriku (EDA NIRMA ) pergorbananmu melalui detik-detik getir amat dihargai.
Moga ALLAH memayungi dan merahmati kita semua..

Untuk kedua ibubapa serta ibubapa mertua, saudara mara serta sahabat handai , terima kasih atas doa serta sokongan anda.